words per minute
3
NADI_Kg_Jemapoh
00:00
Speed
Selamat datang ke Pusat Internet Kampung Jemapoh. PI ialah singkatan kepada “PUSAT INTERNET". Fungsi dan matlamat PI ialah membawa komuniti luar bandar untuk bersama-sama mengenali dunia ICT. Bukan sekadar mengenali malah mengaplikasikan kemudahan komputer dan internet dalam kehidupan seharian. Sebagai contoh, urusan secara atas talian boleh dilakukan dengan menggunakan kemudahan internet di PI. Dengan hanya menggunakan internet, semuanya berada di tangan anda. Projek ini merupakan usahasama Suruhanjaya Komunikasi dan Mutimedia Malaysia (SKMM). Pusat Internet Kampung Jemapoh mula beroperasi pada 21 Julai 2016 sehingga kini. Misi kami adalah membawa komuniti setempat untuk mengenali dunia internet dan informasi tanpa sempadan.