eng
competition

Text Practice Mode

Sambutan Rumah Terbuka Raya NADI

created May 3rd, 08:28 by PEDiSrsup


0


Rating

238 words
1 completed
00:00
Sempena dengan perayaan Hari Raya Aidilfitri 2024, NADI Kg. Serusup juga tidak ketinggalan untuk mengadakan sambutan Rumah Terbuka Raya yang berlangsung pada 5 Mei 2024 bersamaan Ahad di NADI Kg. Serusup. Beberapa aktiviti diadakan bagi melaksanakan tujuan program bersama komuniti seperti pertandingan Mewarna Raya (4 sehingga 7 tahun), pertandingan Membuat Kad Raya (8 sehingga 12 tahun), Kuiz Hari Raya Aidilfitri untuk pelajar sekolah menengah dan juga pertandingan Menaip untuk golongan dewasa, terbuka kepada semua lelaki dan wanita yang berminat menguji cara menaip mereka.  
 
Selain itu, turut diselitkan adalah taklimat ringkas Klik Dengan Bijak yang bertujuan untuk menjelaskan serta mendidik para pengguna internet tentang penggunaan internet dengan cara yang selamat, terdapat juga taklimat Pengenalan kepada Shopee & Kedai TikTok yang akan dikendalikan oleh Rakan Digital NADI Kg. Serusup. Serba sedikit pengenalan tentang AI kepada Rakyat serta kempen Madani Sejati turut disentuh agar komuniti tahu akan peranan dan manfaat Pusat Sebaran Maklumat Nasional di sekitar mereka.  
 
Acara kemuncak program ini adalah cabutan bertuah yang mana setiap pengunjung yang hadir diberikan satu tiket dan diwajibkan menunggu dengan setia di dalam NADI sepanjang program. Ini kerana sebanyak 30 buah hadiah cabutan bertuah berupa pelbagai jenis barangan dapur sedia untuk direbut dan akan dibawa pulang.  
 
Semoga dengan adanya aktiviti-aktiviti yang boleh disertai semua golongan akan sentiasa mendapat sambutan daripada komuniti sekitar. Pihak Pengurusan NADI turut menyampaikan penghargaan kepada semua pihak yang telah memberikan sumbangan dalam menjayakan program Rumah Terbuka Raya NADI 2024 ini.  
 

saving score / loading statistics ...