eng
competition

Text Practice Mode

Malay Essay

created Mar 28th 2015, 12:03 by


0


Rating

275 words
7 completed
00:00
Selamat pagi cikgu. Saya ingin menceritakan tentang kawan baik saya. Setiap orang mempunyai kawan baik dalam hidup mereka. Saya juga mempunyai kawan baik. Kawan baik saya bernama Claire Chiu Hue Jing.  
 
Dia berumur 14 tahun. Dia lahir pada 11 September 2000. Hari jadi Claire satu minggu sebelum hari jadi saya. Dia berasal dari Kota Kinabalu Sabah. Bapanya berbangsa Cina manakala ibunya pula orang Filipina.  Claire ada tiga adik-beradik. Nama adik-beradik dia  adalah Kenneth, Nicole dan Vanessa. Umur Kenneth ialah sembilan belas tahun, umur Nicole pula tujuh belas tahun dan umur Vanessa enam belas tahun. Kawan saya, Claire pula adalah anak bongsu.  
 
 
Claire tidak berapa tinggi. Ketinggiannya hanya  153cm. Rambutnya berwarna hitam tetapi dia mewarnakan rambutnya dengan warna coklat. Matanya berwarna coklat  gelap dan dia memakai mata cermin setiap kali dia  membaca buku. Hobi Claire ialah bermain badminton dan mendengar muzik. Dia suka mendengar lagu-lagu Inggeris. Cita-cita Claire ialah menjadi seorang ahli  perniagaan. Dia mahu mengambil alih perniagaan bapanya dan mengembangkan perniagaan keluarganya.
 
 
 
Saya mengenali Claire sejak saya belajar di sekolah tadika lagi. Dia merupakan kawan yang paling baik yang pernah saya ada.  Dia salah seorang kawan rapat saya. Saya dan Claire bertemu di Sekolah Antarabangsa Kinabalu ketika umur kami empat tahun. Sejak itu, kami berdua menjadi kawan baik. Di sekolah, Claire dan saya selalu bersama-sama, tiada satu saat pun kami tidak bersama. Saya sangat menghargai kehadiran claire sebab dia selalu di sisi saya. Apabila saya tidak berasa gembira, dia akan menggembirakan saya. Oleh itu, kami sangat rapat.  Namun begitu, kami pernah bergaduh tetapi pergaduhan kami tidak lama kerana kami bersama kembali.  
 
Saya berharap saya dan Claire akan menjadi kawan baik selama-lamanya. Sekian terima kasih.
 

saving score / loading statistics ...